Tuesday, October 11, 2016

Bumi ini Rata?

Menangkap dajjal di waktu Dhuha-Tarbiah Sentap. (delete scene- tak ada dalam buku MDDWD sebab dah terlebih tebal)

Aqsa qasar, anak saudara Saari Samiri: 

“Pakcik driver keretamayat, saya percaya bumi rata dan tak bergerak, sebab jika betul Bumi berputar kenapa jarak masa penerbangan antara Malaysia dan mekah tetap 9 jam pergi dan balik. Kalau bumi berputar sepatutnya jarak balik lebih cepat sebab perjalanan ikut arah putaran bumi, manakala balik ikut arah melawan jam, jadi patut lebih cepat sampai, kenapa?”

Jawab aku: “Pergi belajar sains, Newton's first law of motion, rujuk bab momen inersia”

“Ha ha, tentu pakcik dah pening kan, betul apa soalan saya, sebab jika betul bumi ni berpusing, kenapa kita perlu hantar barang guna kapal laut ke luar negara? Kenapa kita tak ikat jer barang tu guna belon udara dan tunggu bumi berputar lepas tu turunkan barang tu, lagi cepat sampai sebab bumi berputar laju. Kan?”

“Anak, jom naik keretamayat, boleh tengok nyamuk terbang dalam kereta laju. Nyamuk tu tak hempap dinding pun? Elok jer nyamuk tu terbang walau kereta mayat dah drive laju, Kenapa? Kerana inilah hukum newton pertama, duduk dalam kapal terbang, badan kita pun sama laju dengan kapal terbang, jadi jika kita lompat dalam kapal terbang, kitab tak jatuh ke kerusi belakang sebab inersia. Jika kapal terbang tiba tiba break, barulah kita tercampak ke depan macam bulu ayam di tiup angin”

“tak paham pakcik”

“pergi sekolah, tanya cikgu sains, kat sana ada makmal, boleh buat hipotesis”

“hipotesis tu apa?”

“hipotesis tak tahu, nak sembang tentang bumi rata, adohai..”

Woha!

Ps: Banyak bab di delete dalam buku menangkap dajjal, antaranya debat Jake hays ahli Fremason dan ahli kariah surau, mungkin sebab dah tebal, buku itu seadanya begitu. Saya hormat keputusan penerbit delete beberapa part kerana penerbit lebih arif tentang isu isu semasa.

No comments:

Post a Comment