Tuesday, November 8, 2016

Permata yang Hilang dan LELAKI


Assalamualaikum w.b.t kpd semua
Review Buku "Permata Yang Hilang Kini Dijumpai"
Ok, admin mulakan dgn tajuk yg Toplist Bookcafe pilih iaitu salah satu karya yang ditulis oleh Hamka Kereta Mayat 

“ Permata Yang Hilang Kini Di Jumpai”.
(Dulu, masa cover buku cetakan pertama gbr tengkorak)) Pada mulanya admin memegang senaskah buku ini ,nama penulis sahaja telah membuat admin tertanya ‘HAMKA?’ Satu nama penulis agong yang tersohor pada zaman dahulu. Kemudian bila tgok nama seterusnya… ooooo HAMKA KERETA MAYAT … lain;p… bukan ank penulis Hamka yg tersohor tu, waima bukan cucundanya pun;P. Penulis merupakan seorang aktivis agama, usahawan dan aktif dalam penulisan blog, blog beliau http://keretamayat.blogspot.my.
Naskah “Permata Yg Hilang Kini Dijumpai” pada asalnya diperkenalkan oleh seorg sahabat admin, isterinya dapat menghabiskan buku tersebut sdg isterinya sgt sukar untuk menghabiskan buku-buku novel, biasanya hanya baca sekerat jalan. Buku tersebut telah berjaya membuatkan dia habis baca buku;)!!. Tahniah kepada isterinya, (isterinya juga sahabat admin).
Buku yang setebal 378muka surat, menggunakan Bahasa yang ringkas, Bahasa anak remaja dan mudah difahami. Ia bukan sebuah buku Permata Yang Hilang (1992) yang merujuk kepada adat resam orang dahulu kala, buku “Permata Yang Hilang Kini Dijumpai” pula lebih merujuk kepada makna cinta, erti kasih sayang dan realiti kehidupan.
In term of Genre pembaca, admin syorkan lepasan SPM, 18 tahun keatas, para ibubapa yang bakal mempunyai anak bujang dan anak dara, para ibubapa yang bakal menerima menantu lelaki/menantu perempuan;), kepada ibupapa muda pun disyorkan baca sbb persediaan anda terhadap anak-anak anda yg sedang membesar menjadi remaja.
Buku ini mengisahkan tentang cerita kehidupan, pemikiran yg tersimpan dan gelora jiwa seorang anak lelaki, seorang remaja lelaki dan seorang suami . Kadang-kadang kita sebagai seorg wanita, kita tak faham apa yang ada di benak pemikiran seorang insan bernama LELAKI. Buku ini ada message yg boleh kita ambil iktibar.
Admin dah baca sampai habis buku ni (masa cetakan pertama, cover gbr tengkorak, ). Ia memberi satu impak terhadap tanggapan admin tentang insan bernama ‘LELAKI’.
As a mother of two sons, kisah didalam buku tersebut menyebabkan admin perlu membuat persediaan yg ' SANGAT2" sebelum mereka menerjah kealam remaja. Gelora remaja anak lelaki, hny ALLAH dan hanya lelaki2 shj yang tahu dan buku ini menyebabkan pertanyaan admin terjawab:
Seperti mcm ni…
“ ooo Ya ALLAH, pttla diorg ni suka melepak”
" Pttla melepak sj2 sambil main gitar”
“ pttla diorg suka merayau mlm2 naik motor, merempit, race”
“ptt la ramai lelaki nak kawin awal”
“ pttla kuasa talak di tgn org lelaki”
“ pttla cari lain”
“pttla byk kes-kes sumbang mahram dan rogol”
Semuanya ada terjawab dlm buku ni scr tidak lansung dalam bentuk penceritaan, ia berbeza dgn apa yg kita fikirkan bg jawapan utk soalan-soalan diats dan ia adalah reality kehidupan.
Buku ini boleh dibahagikan kepada 4 bahagian:
1) Bahagian Pertama tentang anak lelaki bujang yang belum berkahwin
2) Bahagian kedua tentang menjelang perkahwinan iaitu kisah sepanjang tempoh pertunangan
3) Bahagian Ketiga tentang alam rumah tangga, kisah selepas berkahwin.
4) Bahagian keempat tentang asam garam dan pahit manis rumah tangga seperti, bercerai, poligami, bergaduh adik beradik, mencari menantu, perpisahan dan kematian.
selepas baca buku ni apa yg admin ambil iktibar dan kesimpulan sebagai seorg ibu muda:
1) foundation/platform/base anak-anak agar berdamping dan memahami AL-Quran perlu di pasakkan lebih awal dari alam Rahim lagi dan dari umur 0-7 tahun pertama, SANGAT dan AMAT CRUCIAL.
Utk sapa-sapa yg nk dapatkan buku ni boleh order di Toplist Bookcafe. (stok available)
Alternatif lain boleh juga diperoleh di kedai-kedai buku yang berdekatan. Di Kedai buku online yg ada jual dan blog kereta mayat yg admin nyatakan td.
Happy Weekend!!;)
___________
Rakan buku anda
#ToplistBookcafe
It’s all about BOOKS
Reading is FUN;)
#TakRugiMembaca
#RugiBilaMalasMembaca

No comments:

Post a Comment