Tuesday, October 18, 2016

ALMOND dari FACEBOOK

Oleh: https://www.facebook.com/adeep.iman

Tidak harap dibalas, mgkin akan bersawang di inbox en hamka...
Assalamualaikum kepada en hamka.. saya org baru y baru berjinak dalam dunia pembacaan. Setelah habis baca buku "Aku, Almond London Dan Gay" saya rasa lebih terbuka utk mencari solusi permasalahan gay dan perkahwinan sejenis ini.. buku soo santai dan hopefully dapat sambung baca "ALMONDKU TERTINGGAL DI LONDON" .. mencari email en hamka xjumpa so saya inbox kt fb je la deh .. huhuhu.. penulisan y baik dan rileks.. Ok sambung jd introvert

Kamar Sutera-Buku yang sempoi

Oleh: dinohauz

Buku nih den mula baca dalam kereta masa on the way nak pergi program opis kat Kalumpang dan abis baca masa dalam kereta masa on the way balik daripada program di Kalumpang tuh.

Buku nih bukan buku Kamasutra k. Takde position bukan-bukan. Tak dak langsung.

Buku nih lebih kepada coretan kehidupan suami isteri yang baru berkahwin sampai pregnancy sampai la dapat anak pertama yang dicatatkan secara humor dan diselang seli dengan info ilmiah berkaitan Islam dan its way of life.

Buku yang sempoi dan tak payah nak paham.

Sesuai je untuk bacaan ringan sambil tersenyum-senyum coz ada beberapa cerita yang secara tak langsung kita boleh kaitkan dengan hidup kita. In sya Allah akan dapat info ilmiah.
sumber gambo: keretamayat.blogspot

Almond London dan Gay dan Bangkok

Ulasan oleh: DinoHouz

Buku nih den baca sekali hadap masa dalam flight pi Bangkok 13 Jun lepas. Punya la lama dok peram nak ceite sekupang dua pasai buku nih sebab den memang malaih baloq.

Tajuk macam kelako tapi isinya agak berat untuk den yang sel-sel otak yang berhenti berhubung sebab den asyik makan jajan.

Secara ringkasnya, buku nih ceite pasal penulis dok sakan makan Almond London sampai end up wifenya buat sendiri di samping mengupas isu gay secara santai. Santai-santai pun heavy jugak nih.

Banyak perkataan baru yang den baru tau dari buku nih. Ada bezanya antara transgender, transvestite, transeksual, homoseksual, biseksual, triseksual, pengkid, heteroseksual dan uberseksual (nak tau apa beza, sila la google sendiri yek atau baca buku nih).

Kalo ikut ceite dalam buku nih, gay adalah boleh diubati dengan mendekatkan diri dengan Allah, kena divert perasaan, selalu ingat mati, etc.

Ada juga bahagian dalam buku nih yang mengumpulkan beberapa komen orang ramai tentang isu gay nih (termasuklah mamat gay) di blog tuan hamka nih.

Ada beberapa info yang rohaniah macam:

1. sunah menutup kepala bila memasak (den baru tau k);

2. petikan makna beberapa ayat surah Al-Mulk;

3. soalan-soalan matematik versi berbeza (contoh dari buku : pahala solat jemaah sekiranya Ali solat jemaah hanya pada hari Jumaat dan hari raya di tahun lompat);

4. cerita Nabi Luth dan kaum Sodom; dan

5. dua syarat untuk dapat hidayah dari Allah adalah keinginan dan pengorbanan, etc.

Terselit juga cara buat Almond London secara tak langsung.

Banyak lagi garapan dalam novel nih tapi den pun tak reti nak ceite camne coz ianya topic yang agak heavy bagi den walopun diceritakan secara santai. Disebabkan den bias abaca buku-buku lagho, nak ceite pasal buku yang ilmiah otak den jadik agak terpleot.

Nak tau detail atau ceite keseluruhan kena la pi baca buku nih yek.
fancy je cover macam bacaan ringan tapi isinya ilmiah camtuh

#disebabkan den baca buku nih di bulan posa, langsung la pi order sampai 3 balang Almond London daripada kawan den untuk makan raya. Satu balang abis makan masa bulan posa lagi. La nih ada setengah balang lagi kat umah. Yang kat opis nih pun ada setengah balang lagi. Lepas tuh hang kalut kata seluaq hang tak muat kan.

Sumber: Klik sini


Doa Buka Baju- Petikan Kamar Sutera


Tuesday, October 11, 2016

Lukis gambar pengantin pun boleh.


Permata dah jumpa!

Terima kasih @furaiha_widad

Setuju!

Woha!

Bumi ini Rata?

Menangkap dajjal di waktu Dhuha-Tarbiah Sentap. (delete scene- tak ada dalam buku MDDWD sebab dah terlebih tebal)

Aqsa qasar, anak saudara Saari Samiri: 

“Pakcik driver keretamayat, saya percaya bumi rata dan tak bergerak, sebab jika betul Bumi berputar kenapa jarak masa penerbangan antara Malaysia dan mekah tetap 9 jam pergi dan balik. Kalau bumi berputar sepatutnya jarak balik lebih cepat sebab perjalanan ikut arah putaran bumi, manakala balik ikut arah melawan jam, jadi patut lebih cepat sampai, kenapa?”

Jawab aku: “Pergi belajar sains, Newton's first law of motion, rujuk bab momen inersia”

“Ha ha, tentu pakcik dah pening kan, betul apa soalan saya, sebab jika betul bumi ni berpusing, kenapa kita perlu hantar barang guna kapal laut ke luar negara? Kenapa kita tak ikat jer barang tu guna belon udara dan tunggu bumi berputar lepas tu turunkan barang tu, lagi cepat sampai sebab bumi berputar laju. Kan?”

“Anak, jom naik keretamayat, boleh tengok nyamuk terbang dalam kereta laju. Nyamuk tu tak hempap dinding pun? Elok jer nyamuk tu terbang walau kereta mayat dah drive laju, Kenapa? Kerana inilah hukum newton pertama, duduk dalam kapal terbang, badan kita pun sama laju dengan kapal terbang, jadi jika kita lompat dalam kapal terbang, kitab tak jatuh ke kerusi belakang sebab inersia. Jika kapal terbang tiba tiba break, barulah kita tercampak ke depan macam bulu ayam di tiup angin”

“tak paham pakcik”

“pergi sekolah, tanya cikgu sains, kat sana ada makmal, boleh buat hipotesis”

“hipotesis tu apa?”

“hipotesis tak tahu, nak sembang tentang bumi rata, adohai..”

Woha!

Ps: Banyak bab di delete dalam buku menangkap dajjal, antaranya debat Jake hays ahli Fremason dan ahli kariah surau, mungkin sebab dah tebal, buku itu seadanya begitu. Saya hormat keputusan penerbit delete beberapa part kerana penerbit lebih arif tentang isu isu semasa.

8 Judul Buku- 2016


Suami belikan?


Monday, October 3, 2016

Research lah...


JPJ dan Kereta Mayat


Penghibur Dalam Train To Busan

Penghibur dalam Train to Busan

Kenapa Pandu teruk macam orang perempuan? kan?


Salam Perkenalan/ Perpisahan

Arwah dulu, baik orangnya-Kata Bini aku.
Blog ini di adakan sebagai rujukan mudah kepada semua peminat atau pembaca Buku Hamka Keretamayat untuk membaca ulasan, komen, atau persoalan serta lain lain hal berkaitan semua buku yang di tulis oleh Hamka Keretamayat.

Hamka Kereta Mayat adalah seorang penulis dari Malaysia dan nama sebenar beliau adalah Hamka. Arwah ibunya yang meminati buku hasil tulisan Ulamak dari Indonesia iaitu HAMKA, telah menamakan anak ke empat dari sembilan adik beradik dengan nama Hamka.

Kereta Mayat pula merujuk kepada tajuk Blognya yang pernah popular di awal tahun 2006 sehingga 2012.

Semenjak zaman kebangkitan FB, IG, Tweet dan lain lain, dunia blogger semakin suram namun Hamka mengambil peluang untuk membukukan hasil karya beliau dalam Buku Buku yang boleh di dapati di pasaran.

Semoga Blog ini dapat menjadi medan wacana berilmiah (wah!
sedapnya bahasa) bagi mereka yang mahu menggunakan kesempatan hidup sezaman dengan Hamka untuk mengambil faedah sementara nyawa masih di kandung badan.

Sudah meninggal Hamka nanti, tak ada lah yang jawab komen korang, sila sedekah al fatihah sambil kagum dari jauh.

Woha!

Rujukan:

Blog Keretamayat

FaceBook Keretamayat

Instagram Keretamayat

Twitter Keretamayat.