Sunday, February 19, 2017

Kamar sutera Kita

sumber: https://missobsesi.blogspot.my/2014/03/kamar-sutera-kita.html

Hello, Hi, Assalamualaikum.

Okay dengan bajet ulat bukunya aku 
nak review satu buku harini. Woha. 
Actually aku bukan kaki novel, jiwang-jiwang, 
tangkap syahdu sebab aku cuma 
penggemar buku-buku motivasi gitue (memilih pula). 
Dan sebenarnya juga aku tak tahu 
buku Kamar Sutera ni actually under 
category mana. AHAHAHA.


Apa isinya?
Strictly buku ini untuk 18 tahun ke atas ye. 
Budak-budak tak payah la baca, 
kang berhalusinasi perkara-perkara yang tak patut. Okay. 

Pervert? NOOOOOOOOOOOO! Ermm maybe a little bit , 
eh, atau kata lainnya, ayat dalam buku ni open sikit untuk budak-budak .

Pengisiannya mengenai kehidupan selepas kahwin, 
hidup berumah tangga. 
Yaah, cerita dari pengalaman penulisnya sendiri 
sewaktu baru kahwin, apa yang suami perlu pelajari , 
pelbagai motivasi, sindiran, 
pengalaman bergaul dengan mertua, 
belajar buat kerja rumah , and macam-macam lagi. 
Ada juga bab tazkirah Islamik mengenai kehidupan rumah tangga.

Ini namanya belajar sambil berhibur, 
sebab aku gerenti (InsyaAllah), tak bosan buku ni. 
Rasa nak baca non-stop topik ke topik, 
end up, sedih sebab dah habis 
baca buku yang best ni... HUHU.

Wednesday, February 8, 2017

Kamar Dari Sutera?

Sumber: http://zaxx-in-da-house.blogspot.my/2016/07/kamar-sutera-bukan-kamasutra.html

Sekali dengar macam kenal je kan tajuk tu. Eh, ni bukan macam yang korang fikir. Itu Kamasutera, ini Kamar Sutera. Kali ni lagi sekali aku nak talk about a book. This book is about… okeyh cakap melayu je la kan. It’s sound great when I speak in Malay okeyh.. ahaks..

Seronok, dua ronok dan beronok-ronok (bak kata Dr Fadhilah Kamsah) bila menatap buku ni. Bukan menatap je okeyh, baca la maksud aku. Kalau setakat tatap tapi tak baca macam mana nak tau ceritanya ye tak. Seronok sebab buku ni ayatnya banyak yang kelakar, dua ronok sebab ceritanya berkisar kisah rumah tangga yang kadang-kadang buat aku pandang keliling malu-malu kucing dan beronok-ronok sebab kata penulis buku ni dapat buat korang yang bujang terasa nak je kawen esok hari. Eh? Kenapa semua nak rampas buku ni dari aku? Hangpa tak sabaq nak kawen ka?

Tapi sebelum korang nak baca buku ni, better check, korang dah sunat ke belum, sebab ada perkataan yang ala-ala ehem-ehem sikit tapi masih lagi dalam kawalan. Tapi parah juga kalau adik-adik yang baru belajar eja suku kata baca buku ni. Buatnya dia tanya, “Abang, bersetubuh tu apa?” Ha kau.. tak ke kau jadi patung kejap memikir nak jawab apa. Ala ,kau jawab je bersetubuh tu ada satu je tubuh, kalau berduatubuh tu maknanya kembar siam melekat. Kan kan kan.

Hamka Kereta Mayat memang kreatif menggabungkan kisah rumah tangga dengan unsur pengajaran dan juga unsur agama dalam menititi alam perkahwinan. Kadang-kadang walaupun aku masih bujang, tetiba terover feeling macam ada isteri. Eh? Dari cerita dalam rumah hinggalah perancangan ekonomi dikupas molek-molek oleh beliau tapi dengan cara humor berisi. Bagi aku tak rugi korang baca, selain dapat menerjah pengalaman rumahtangga, dapat juga korang bayangkan atau rancang kisah korang pulak bagi yang masih bujang trang tang tang tu. Yang dah kawin, ha korang boleh la apply mana-mana yang boleh diapply dalam kisah hidup korang. Bak kata Kereta Mayat:


“Semoga Kamar Sutera ini dapat memberi hikmah kepada kita semua terutama kepada mereka yang hendak berkahwin tapi tidak yakin untuk berkahwin. Rugi juga jika belum berkahwin , tapi sudah bertukar jadi mayat.”

Buku Kegemaran

(sumber: http://norabukanlola.blogspot.my/2014/11/30dbc-buku-kegemaran.html?m=1)

Assalamualaikum.

Amboiii. Kemain lama nak sambung blog challenge. 
Ni elok-elok 30 hari punya challenge, 
ikut cara aku terus up jadi 365 hari punya challenge. Hahaaa!

Ok. Aku memang banyak beli buku. 
Sebab hobi cliche aku ialah membaca 
dan hobi sebenar aku ialah memoyo. Hahahaaa! 

Tapi dalam banyak-banyak buku yang aku baca 
ada DUA yang aku paling suka. Bagi aku buku ni menyentuh perasaan aku.

Permata Yang Hilang Kini Dijumpai/Kamar Sutera - HAMKA

Buku ni aku beli online harga dua-dua RM63 termasuk pos. 
Mula-mula aku baca PYHKD lepastu baru baca Kamar Sutera. 
Ni buku agama sebenarnya. Tapi cara penulisan dia sangat sempoi, 
lawak dan senang faham. 

Pada aku, buku ni paling sesuai baca SEBELUM KAHWIN 
nescaya lepas baca kau orang akan berubah. 
Hahaa! Serius. Aku insaf bila baca buku ni. 
Masa aku kawan dengan Tonjer aku, 
dia bawak buku ni masa operasi. 
Tu yang lepas balik operasi macam nak segera jer 
menamatkan zaman bujang. 
Aku yakin dia dah insaf. Hahahaaa!

So, sapa-sapa nak buat hadiah buku ni 
kepada kawan, adik memang sesuai. 
Boleh follow Hamka (ni memang nama sebenar dia ok) 
dekat FB Hamka Kereta Mayat atau pun blog dia.


Ni buku Kamar Sutera aku. Buku PYHKD aku, 
Tonjer aku lupa bawak balik rumah. 


Ni contoh buku aku suka. Tak banyak tulisan. 
Pendek-pendek jer cerita dia


Sunday, January 8, 2017

Sindiran Syurga iNDAH

Ini. Buku yang sarat dengan sindiran. Tapi sindiran yang penuh dengan kebenaran. Hal-hal yang sering berlaku dalam hidup seharian kita. Mana ada orang nak perli kita direct tentang kesilapan kita melainkan orang itu benar-benar sayang kita dan tidak mahu kita berterusan melakukan kesilapan. Kan?
Kadang-kadang Hamka (bukan buya HAMKA) sampaikan teguran dengan perlian lawak. Tapi itulah hakikat sebenar yang berlaku di sekeliling kita malah dalam diri kita sendiri. Perasaan saya bercampur-campur sewaktu baca buku ni. Sedih ada, lucu ada, seram dan takut pun ada, insaf ada, cakap sorang-sorang pun ada. Secukup rasa. Memang best. Betul lah kata kawan-kawan saya yang dah baca buku ni. Best gilaaa katanya.
Ingat, jika anda baca buku ni, jangan ambil kisah sangat bahasa kesat dan cerita dalam kain yang Hamka tulis. Itu metafora bagi mencantikkan cerita saja (apalah Hamka ni). Cuba faham betul-betul objektif dan nilai yang nak disampaikan.
Banyak ilmu dan pencerahan yang saya terima bila baca buku ni (tiba-tiba ayat akademik muncul).
Tentang zikir.
Zikir itu bukan hanya pegang tasbih dan ucap kalimah banyak kali, tapi zikir juga perkara yang membawa hubungan pada Allah Taala.
👣Baca Quran.
👣Duduk dalam majlis ilmu.
👣Berfikir dan kerisauan tentang ummat.
Tentang Ehsan.
Untuk mudah faham tentang darjat Ehsan, Ehsan itu umpama kita seolah-olah dapat ‘melihat’ Allah. Ataupun, jika kita tidak dapat ‘melihat’ Allah sekalipun, cukuplah kita tahu bahawa kita ini ‘sedang dilihat’ oleh Allah. Hamka dengan ringkas ajar kita untuk sering ulang-ulang ayat,
“ALLAH MELIHAT APA YANG SAYA BUAT DAN APA YANG SAYA BUAT DINILAI OLEH ALLAH.”
Rasa diperhatikan itulah secebis dari hakikat Ehsan. Itulah yang saya faham. Anda pun patutlah baca. Baru anda pun lebih faham dari saya.
Tentang banyak lagi.
Tak mampu nak tulis. Nanti write-up ni tak jadi review buku dah, ini akan jadi cerpen atau berita gosip hiburan tanah air. Panas.
Yang paling saya suka tentang buku ni.
Last but not least kata orang putih, “bersusah-susah di atas bumi, berehat-rehat di dalam kubur, berlepak-lepak di bawah Arasyh dan beraya sakan di syurga.” Hidup kat dunia ni memang lah kena berpenat lelah untuk keluarga dan ummat. Esok-esok rehat lah kat alam sana.
Awak yang baca review ni, cuba baca buku ni dan fikir. Betul tak apa yang Hamka sampaikan. Takde buku? Beli laa. Paling tak pun, pinjam la dengan kawan.
Buku ni dah masuk 4 cetakan sejak 2014. Kalau awak semua tak baca, memang rugi. Orang lain semua dah baca. Maksudnya, orang lain lagi banyak tahu dari awak. Kan rugi tu?
p/s: kali ni saya tulis agak skema gara-gara baca tulisan Hamka yang mudah, senang nak faham. Tak pasal-pasal saya pulak tulis skema.
-DoubleU

sumber: https://budabeg.wordpress.com/2016/10/23/pernah-kena-sindir-pedas-tak-rasanya/

Neraka indah?


Nah.
Baca tajuk entry. Takut?
Itu pepatah yang Hamka Kereta Mayat reka dalam buku ni – Semusim di Neraka. Maksud dia, Don’t judge a car by its cover.
Kalau sebelum ni saya dah ulas buku Semusim di Syurga yang lengkap dengan rasa macam secukup rasa tu, yang kadang-kadang mengalir air mata sendiri tanpa sedar dan kadang kala gelak macam tengok maharaja lawak yang tak lawak sangat tu (bagi saya lah).
Okay sekarang kita cerita tentang buku ni pula.
Semusim di Neraka ni tajuknya memang agak seram. Tapi don’t worry, buku ni sarat dengan pengajaran walaupun ditulis dengan santai dan sindiran yang tajam menusuk hati. Bagus lah kan? Sekurang-kurangnya kita tahu mana salah kita yang perlu dibetulkan. Bak kata orang, betulkan yang biasa, biasakan yang betul. Gitu.
Saya sarankan, kalau awak tak cukup masa nak hadir kuliah agama atau malas pula nak buka youtube ceramah walaupun internet laju gila, awak baca lah buku ni. Bahasanya mudah. Dan awak akan dapat ilmu. Bahkan awak terhibur lagi dengan ‘kenakalan’ driver kereta mayat ni.
Saya sendiri jangan cakaplah, memang dah macam meroyan time baca buku ni. Sekejap dahi berkerut baca part hukum, sekejap gelak sorang-sorang sampaikan orang sebelah pelik, sekejap pulak nak menangis bila baca kisah zaman nabi kita berdakwah ðŸ˜­ Tak mampu nak tahan air mata dik oii. Sedih!
Habis tu apa bezanya Semusim di Syurga vs Semusim di Neraka?
Bezanya, syurga nikmat dan neraka azab lah. Betul? (Cubaan apakah ini?)
Okay, baik.
Semusim di Neraka ni boleh katakan rentetan cerita dari Semusim di Syurga sebab watak dan kesinambungan kisah yang diceritakan adalah berkaitan antara satu sama lain. So, kalau nak baca buku ni, awak seharusnya (baca: sewajibnya) baca buku Semusim di Syurga dulu. Baru awak akan lebih faham. Bukan tak faham langsung kalau tak baca buku sebelumnya, tapi awak akan leeeebih faham.
Faham? Ke faham?
Banyak sangat benda best saya nak tulis pasal buku ni. Tapi seperti Hamka tulis, katanya: Kalau kita tak mampu terangkan dengan ringkas dan jelas apa yang kita baca, kita sebenarnya tak cukup faham apa yang kita baca. Haa lebih kurang gitu lah maksudnya.
Jadi, harap fahamlah apa yang saya tulis ni ya? Tak perlulah saya tulis review panjang-panjang, kang nanti jadi buku pulak. Lepas tu, awak semua pun tak beli dah buku Semusim di Neraka ni. Macam mana tu?
Nak lebih tahu, awak kena baca sendiri and enjoy your reading. Nak senang, beli dua buah buku semusim ni terus. Kalau malas juga nak pergi bookstore, beli online je beb. Train your brain baca buku selalu, nanti otak sihat, aktif berfikir dan lambat nyanyuk. In shaa Allah.
p/s: Sila lawati FB Page Budabeg – Online Bookshop (https://www.facebook.com/budabeg/) untuk pembelian buku ini secara online dan pos.
-DoubleU
sumber: https://budabeg.wordpress.com/2016/11/01/indah-kereta-mayat-dari-mayat/